Platform Web E-Learning

Pembelajaran Atas Talian

EKONOMI PERKONGSIAN UNTUK PERNIAGAAN

BAGAIMANA EKONOMI PERKONGSIAN BOLEH MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA?

Ekonomi Perkongsian menyokong perkongsian aset dan sumber di antara perniagaan, individu/orang ramai dan kerajaan. Ia akan memberi manfaat kepada perniagaan kerana peningkatan dalam penggunaan aset dan sumber boleh membantu dalam usaha memperbaiki kecekapan kos dan meningkatkan produktiviti.

Model Ekonomi Perkongsian yang dibangunkan oleh platform digital mampu membantu perniagaan dalam menangani perubahan tren pasaran dan tingkah laku pengguna.

ADAPTASI EKONOMI PERKONGSIAN

Fahami Ekonomi Perkongsian

Memahami tren perniagaan & teknologi Ekonomi Perkongsian yang terbaru dan keperluan untuk respon dan menggunapakai teknologi.

Terokai Pelbagai Jenis Penyelesaian dan Perkhidmatan Melalui Ekonomi Perkongsian

Temui penyelesaian inovatif Ekonomi Perkongsian yang ditawarkan oleh pelbagai rakan Ekonomi Perkongsian MDEC yang dapat memenuhi keperluan perniagaan anda.

Jalin Perkongsian Strategik

Atur perbincangan secara perseorangan bersama Rakan Platform Ekonomi Perkongsian MDEC bagi menjalinkan potensi perkongsian atau kolaborasi strategik.

Peroleh Pengalaman & Cadangan

Peroleh pengalaman daripada syarikat-syarikat lain serta cadangan berkenaan pendekatan praktikal dalam mengadaptasi Ekonomi Perkongsian dalam perniagaan.

KISAH KEJAYAAN

RAKAN PLATFORM